Prof Wan dengan gaya santai. Minda beliau tetap tajam ketika berbincang dengan kami selama 4 jam.
Nama Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud mungkin agak asing dikalangan rakyat jelata. Tidak seperti Prof Khoo Kay Kim ataupun Prof Shamsul Amri Baharuddin yang sering tersiar wajah dan kenyataan mereka di dada akhbar arus perdana, intelektual no.2 ISTAC ini bukanlah asing di kalangan ilmuan Islam di benua-benua yang lain.
ISTAC? Tak Pernah dengar? Klik sini.
Pembantu setia
Prof Syeq Naquib Al-Attas ini merupakan antara ilmuan penting yang telah melahirkan sejumlah ilmuan Islam dari pelbagai negara Islam terutamanya dari Indonesia yang turut telah menubuhkan
INSISTS.
Monograf Prof Naquib ini kata sahabat saya Ali Bukhari Amir, kalau hendak photostate, satu page RM 1 di Perpustakaan Negara. Di perpustakaan UTP, saya dapat photostate 2 sen sahaja!
Tak pernah kenal Prof Syeq Naquib Al-Attas? Mungkin mana-mana pembaca yang menelaah buku teks Sejarah tingkatan 4 tidak akan terlepas dengan teori yang cukup penting berkenaan 'Teori Kedatangan Islam ke Nusantara' hasil kajian Prof Naquib sendiri.
Kunjungan kami ke rumah Prof Wan bukanlah satu kunjungan 'biasa'. Maklumlah, sudah setahun lebih kami ingin bertandang ke sana bagi membicarakan beberapa isu penting yang bersangkut paut dengan umat yang amat jarang sekali dibicarakan di pentas-pentas masyarakat. Maklumlah, isu politk kan lebih panas.
Saya pada mulanya agak keberatan untuk pergi memandangkan projek kejuruteraan yang melimpah ruah ditambah dengan tempoh masa untuk menempuh peperiksaan semakin mencekik jiwa.
Selaku peminat setia karya Prof Naquib Al-Attas seperti
Islam and Secularism dan
Risalah untuk kaum Muslimin, berjumpa dengan anak muridnya yang paling hampir adalah sama seperti berbicara dengan beliau juga. Maklumlah,
world view mereka sudah tentu sama.
Maka dengan poket yang sengkek saya bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi Sabtu lepas. Saya jangkakan KL akan sesak dengan manusia yang datang dari seluruh pelusuk semenanjung sempena 2 pesta gergasi yang berlangsung di sana iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan PC Fair.
Mujur Prof Wan membekalkan kami dengan manual perjalanan yang cukup
detail.
Bukan mudah untuk ke rumah Prof Wan kerana jalannya agak berliku dan terpencil. Sebaik sahaja kami tiba di perkarangan rumah beliau, kelihatan minaret seperti yang ada di ISTAC. Cantik seni bina beliau.

Insyaallah, dah kerja saya akan bina sebuah study room begini!
Hanya dengan kain pelikat dan kemeja biru, Prof Wan menjemput kami dengan mesra untuk dibawa ke
study room beliau. Melihat saja rak buku yang cukup padat, aura intelektualisme berderu deras ke arah kami. Kelihatan abang Azril daripada ABIM sedang menanti kami sambil menikmati keropok lekor yang terhidang di atas meja.
Abang Nizam memberitahu saya bahawa Prof Wan sering dikunjungi ramai orang untuk berdiskusi. Memandangkan beliau adalah
apolitical person, kunjungan daripada ahli UMNO dan PAS adalah satu yang tidak asing. Kami cukup bertuah setelah setahun lebih menunggu peluang ini, akhirnya diizinkan Allah untuk bersama dengan beliau selama lebih kurang 4 jam.
Sahabat seperjuangan serius mendengar 'kuliah mini' daripada Prof Wan.Pada mulanya kami berbincang secara rawak diselangi dengan pelbagai persoalan yang diutarakan oleh saya dan abang Nizam. Lama-kelamaan perbincangan kami menjadi bertambah dalam dan agak
philosophical.
Untuk pengetahuan para pembaca, Prof Wan juga telah menghasilkan karyanya sendiri bertajuk
Budaya Ilmu, Pembangunan di Malaysia dan
Falsafah dan Amal Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas.
Hendak mencerita ke semua perbincangan kami yang berlangsung selama 4 jam mungkin tidak beberapa sesuai untuk ditulis dalam blog ini atas batasa ruang dan waktu. Walau bagaimanapun mungkin saya akan berkongsi bersama para pembaca mengenai beberapa persoalan penting yang boleh kita fikirkan bersama sepanjang kami berdiskusi bersama Prof Wan.
Politik dan Kebangkitan Umat
Walaupun tidak terlibat secara direct dengan mana-mana parti politik, pengamatan Prof Wan tentang situasi politik negara masih tajam. Beliau tidak berasa hairan dengan kejatuhan BN dalam PRU ke-12 yang lepas.
Beliau menceritakan kepada kami perihal Maharaja Septimius Severus yang merupakan pemimpin Rome yang paling berjaya tetapi kejam. Sepanjang pemerintahan beliau, Rome maju dan aman. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa benih-benih kejatuhan empayar Rome telah ditanam sewaktu pemerintahan Maharaja Septimius Severus.
Sejarah ini berulang dalam konteks yang berbeza di Malaysia. Prof memperkatakan apa yang berlaku ini bukanlah semata-mata kerana kelemahan kepimpinan Pak Lah tetapi merupakan satu kekalahan yang lahir daripada sistem yang korup yang disemai kepimpinan terdahulu (baca: Tun Mahathir).
Prof Wan turut mengkisahkan tentang teori kebangkitan Islam zaman Salahuddin Al-Ayubi.
" Salahudin Al-Ayubi tidak lahir dalam satu vakuum. Bagaimanakah seorang Sultan Mesir (bukan khalifah) yang datang dari kaum minoriti (puak Kurdish) mampu menyatukan umat Islam untuk berjuang merampas Palestin daripada tentera Salib?"
Beberapa tahun sebelum itu, seperti yang dijelaskan oleh Prof Wan, umat Islam sedang berada dalam zaman yang cukup terseksa setelah tentera Monggol menyerang kerajaan Abbasiah, pembunuhan umat Islam secara besar-besaran di Anatolia dan juga pergaduhan antara mazhab-mazhab yang cukup kritikal.
Prof Wan merumuskan terdapat satu 'missing link' disebalik kebangkitan Salahuddin Al-Ayubi. Ramai ilmuan Islam moden serta Prof Wan sendiri memperkatakan bahawa pengaruh Imam Al-Ghazali memberi dampak besar kepada revolusi yang dibawa Salahuddin.
" The ideas from Al-Ghazali was floating around after his death for about 70 years. It takes a long time after he wrote Ihya Ulumuddin for the Muslim world to digest and to be accepted about his thoughts after the Ummah had gone through some horrific events" kata Prof Wan kepada kami.
Prof Wan meneruskan lagi:
"It justifies what Prof Naquib and ISTAC were doing since 14 years ago. We need to be patienced in reviving the ummah through knowledge, just like what Al-Ghazli did. Dalam buku Ihya dia, Al-Ghazli tak sebut sedikit pun tentang bencana yang tentera Salib bawa, pembunuhan umat Islam secara berleluasa. Ulama' haraki dan pejuang Islam mengkritik hebat Al-Ghazali kerana tidak memperjelaskan situasi tersebut sedangkan beliau hidup dan menyaksikan sendiri keruntuhan kerajaan Abbasiah dan Palestin"
Sepanjang perbincangan kami berkenaan politik dan segala masalah yang dikongsi bersama, saya perasan bahawa Prof sangat konsisten menekankan tradisi keilmuan sebagai perkara asas kebangkitan umat.
Prof Wan turut melahirkan kekesalan yang beliau alami sepanjang beliau berjuang membawa gagasan yang diasaskan oleh Prof Naquib Al-Attas iaitu
'Islamization of Knowledge'.
Aktivis dakwah Muslim di Malaysia sering memberi alasan apa yang cuba disampaikan oleh Prof Wan dan Prof Naquib adalah satu yang tidak praktikal.
"Is changing people's mind is something not practical? Then what is practical? Does politican do practical things? They just know how to talk"
Beliau telah meluahkan perasaan dukacita beliau kepada Tok Pa ( mantan Menteri Pelajaran Tinggi) perihal Prof Syed Naquib yang ditendang keluar daripada ISTAC selepas Reformasi 1998. Gara-gara sentimen politik.
"How come when you want to build a world class universities in the same time you sideline the people who is being internationally recognized even by the Westerners?"
Prof Wan menyokong hujah beliau dengan memberi bukti bahawa para pemimpin muda Australia sendiri perlu mengenali Prof Naquib dalam silibus kepimpinan yang dibawa oleh The Myer Foundation dalam
Cranlana Programme:Di muka hadapan laman web Cranlana Programme:
The Cranlana Programme offers people from all sectors of Australian society the opportunity to participate in a unique programme of seminars directed at enhancing their understanding of the philosophical, ethical and social issues central to creating a just, prosperous and sustainable society in Australia and to securing Australia’s place in the world.
The fundamental purpose of the Cranlana Programme is to foster enlightened and responsible leadership.
The Cranlana Programme is a non-partisan, not-for-profit organisation.
Kupasan lanjut berkenaan pengiktirafan Barat terhadap Prof Syed Naquib dijelaskan oleh Adian Husaini yang merupakan bekas anak murid Prof Naquib sendiri dalam tulisannya
ini:
Sebagai contoh, perhatian terhadap teori Al-Attas adalah apa yang dilakukan oleh The MyerFoundation di Australia bernama "The Cranlana Program" yang menerbitkan dua volume buku berjudul Powerful Ideas: Perspectiveson theGood Society (2002). Buku ini menghimpun gagasan pemikir-pemikir besar dalam sejarahumat manusia. Volume 1 buku ini memuat pemikiran:
Confucius (551-479 SM),
Sopocles (495-406 SM),
Thucydides (460-400 SM),
Plato 428-348 SM),
Aristotle (384-322 SM),
Mencius (371-289 SM,
St. Agustine (354-430 SM),
Xunzi (310-220 SM),
Nicolo Machiavelli (1469-1527),
Thomas Hobbes (1588-1679),
John Locke (1632-1704),
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778),
Adam Smith (1723-1790),
Immanuel Kant (1724-1804),
Karl Marx (1818-1883),
Frederick Engels (1820-1895),
John Stuart Mill(1806-1873),
Harriet Taylor Mill (1807-1858).
Sedangkan volume 2 buku itu memuat pemikiran:
Simone Weil (1909-1943),
John Rawls (1921-),
Avishai Margalit(1939-),
Raimond Gaita (1946-),
R.H. Tawney (1880-1962),
Friedrich Hayek (1899-1992),
Milton Friedman (1912-),
Arthur Okun (1928-1980),
Rachel Carson (1907-1964),
Garret Hardin (1915-),
Isaiah Berlin (1909-1997),
Amartya Sen (1933-),
Nelson Mandela (1918-),
Marthin Luther King Jr. (1929-1969),
Virginia Woolf (1882-1941),
CarolGiligan (1936-),
J. Appleby,
E. Covington,
D. Hoyt,
M. Latham,
A. Sneider,
Edwar Said (1935-2003),
Syed Naquib al-Attas (1931-),
Kevin Gilbert (1933-1993),
Jean Paul Sartre (1905-1980),
Ummberto Echo (1932-),
Peter Singer (1946-),
Vaclav Havel (1936-),
Ursula Le Guin (1929-).
Dari sederetan nama itu, Al-Attas merupakan satu-satunya ilmuwan Muslim yang pemikirannya diambil sebagai reprensentasi dalam memandang Barat secara kritis. Menariknya, gagasan Al-Attas yang diambil adalah pemikirannya yang tertuang dalam sebuah tulisan berjudul "The Dewesternization of Knowledge". (Jennifer M. Webb [ed.], Powerful Ideas: Perspektives on the Good Society [Victoria, The Cranlana Program, 2002]).
Walau bagaimanapun, Prof Wan berkata Prof Naquib masih bersyukur kerana selama 14 tahun beliau berjuang di arena pendidikan ISTAC, ramai anak murid beliau yang telah menyumbang kepada kebangkitan budaya ilmu di merata-rata tempat.
Kompromi Politik, liberalisme dan pluralisme.
Saya dan Ustaz Hafiz khusyuk mendengar penjelasan Prof Wan. Sangat menarik.Perbincangan kami turut tertumpu kepada insiden MP Shah Alam, Khalid Samad yang bertandang ke gereja Roman Katolik di Shah Alam
semasa upacara 'mass' sedang berjalan. Khalid Samad yang juga merupakan dari PAS mengeluarkan kenyataan ini seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Today dan juga
The Malaysian Insider:
Khalid said that in all Arabic-speaking communities, “Allah” just means “God”, therefore it is not “unique to Islam”. He had once attended church in the Middle East and heard a Christian priest preach in Arabic with no trouble.
“For us, the problem is we're not an Arabic-speaking country. Therefore some people question why non-Muslims have to use this word when it is not really necessary. People then make all sorts of speculations about idealogy. But there's no reason for the word to be banned from Christian worship. We're quite happy if people use it.“
"Sebab itu kita kena berhati-hati. Non-Muslim they are very careful. Dia dah ada plan lepas satu, satu tuntutan. Mereka dah alam tunggu.
Of course ada orang kata pada saya sekarang ni kita nak dapat kuasa dulu. Saya kata kalau tak ada kuasa kamu compromise, nak kekal kuasa kamu compromise, nak dapat kuasa kamu compromise. Lama-lama dah tak ada benda nak compromise!"
Allah adalah nama yang Allah berikan pada dirinya dan sifat nama ini antara lain adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan (refer al mu'minun ayat 91)
Seorang
parishioner gereja tersebut dalam
blognya membuat komentar:
It was definitely a first time for the Church of Divine Mercy, a Roman Catholic church that took 26 years to build (not as reported earlier by me which I mistakenly put at 18 years), that she welcomed the newly elected Member of Parliament, Y.B. Khalid Abd Samad to its premises for a meet the public session. Y.B Khalid Abdul Samad, a member of the Parti Islam Malaysia offered to meet the church members when he got in touch with the Parish Priest Father Paulino Miranda and hence Thursday, 27th March 2008 would go down in history, perhaps, where a Muslim Elected Representative stepped foot into a church compound here in Malaysia.
"Kalau orang Kristian contohnya di PJ 10,000 orang dan yang pergi gereja cuma 1,000 orang. Why should they have the biggest church in South East Asia. Maknanya
it is no longer a religious statement but a political statement. Mereka akan guna hujah Tuan Guru Nik Aziz benarkan pembinaan tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Tumpat, walaupun bukan ramai orang Siam di kawasan tersebut." tambah beliau lagi.
Kami turut melahirkan rasa kerisauan tentang sekumpulan liberalis yang = bergerak melalui badan-badan seperti
Institut Kajian Dasar, Open Dialogue Center, dan
Jalan Telawi dalam mempromosi idea liberalis mereka.Buku-buku Ali Abdul Raziq yang 'luput' ideanya dalam dunia Islam cuba diserap masuk ke dalam masyarakat kita. Siapakah yang akan menghalang mereka?
Prof Wan tidak gusar. Sudah menjadi sunnatullah katanya golongan sebegini wujud. Tambah beliau lagi bahawa mereka ini bukanlah yakin sangat dalam memperjuangkan idea liberalisme dan pluralisme. Yang menjadikan mereka bergerak pantas itu adalah wang yang melimpah masuk daripada NGO Barat yang memperjuangkan idea-idea sebegini rupa.
Nasihat kepada saya
Saya meluahkan hasrat untuk belajar dibawah beliau kelak dan beliau mengalu-alukan saya untuk hadir ke
ATMA, UKM.
"We need more Malay intellectuals"
Turut dinasihatkan kepada kami untuk terus membaca buku-buku yang 'berat' bagi memahami permasalah akar umat Islam seperti yang ditulis ulama Islam terdahulu termasuklah karya Prof Naquib seperti
Risalah untuk kaum Muslimin, Prologomena of Metaphysics dan juga
Islam and Secularism.
Pemikiran Prof Wan dan Prof Naquib memang mempunyai ciri-ciri nasionalis Melayu. Prof Wan kata "it is impossible untuk perjuangkan Islam dengan mengenepikan agenda Melayu. Untuk kupasan lanjut kenalah bacah buku Prof Naquib yang ini.
"Memanglah susah. Kena sabarlah kalau hendak baca karya sebegini. Ibnu Sina membaca kitab
Metafizika karya Aristotle selama 40 kali tetapi masih tidak dapat memahaminya...sehinggalah beliau menemui ulasan al-Farabi tentang kita tersebut."
Beliau turut berharap agar para bloggers yang mengenali perjuangan Prof Naquib dapat berkongsi di ruangan maya agar lebih ramai umat Islam mengenali idealisme yang dibawa oleh Prof Naquib.
Saya bertanya "Sekarang Prof Naquib selalu buat apa selepas keluar daripada ISTAC?"
Dengan tenang Prof Wan berseloroh " Apa lagi berfikirlah! Minum kopi, cari ilham, menulis, baca Quran"
Kemudian beliau bertanyakan kami satu
killer question:
" Pernah kamu berfikir apa yang Nabi bicara dengan Abu Bakar sewaktu dalam perjalanan berhijrah ke Madinah? Dalam tempoh lama sebegitu...adakah Nabi diam sahaja ataupun ada perkara yang dibincangkan?"Cukup berbekas sekali soalan ini pada diri saya dan para sahabat yang hadir...
Puas hati selepas pulang bertandang ke rumah Prof Wan. Abang Nizam yang lapar terus kenyang selepas makan 'idea' Prof Wan.
Menarik dan cukup berbaloi sekali lawatan ini! Prof Wan memang karismatik dengan pemikiran yang dikongsi bersama kami. Selaku anak muda yang baru berjinak-jinak dengan ilmuan Islam sebegini melalui pembacaan dan perbincangan bersama aktivis-aktivis senior, bertemu Prof Wan Mohd, Nor Wan Daud merupakan satu pengalaman yang cukup membuat jiwa intelektualisme muda saya berasa bergetar hingga ke saat ini!